Wednesday 17 February 2016

Seni Bina di Alam Melayu


Melaka bukan sahaja merupakan sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarah tetapi ia juga merupakan sebuah pusat penyebaran dan perkembangan Islam yang terulung di nusantara. Sehubungan itu, masjid-masjid telah didirikan untuk dijadikan tempat belajar ilmu agama seperti fikah, usuluddin, tasauf, tafsir dan mengaji al-quran. Masjid-masjid yang kekal hari ini menjadi monumen dan warisan sejarah yang tidak ternilai harganya. Tidak hanya setakat itu, kerajaan negeri Melaka turut membina masjid-masjid baru dalam usaha meningkatkan lagi syiar Islam di samping memenuhi keperluan berikutan pertambahan penduduk di negeri itu sendiri.


                                                           Masjid Selat Melaka, Melaka  


                                                             Masjid Kg. Hulu, Melaka

Masjid Selat Melaka merupakan sebuah masjid yang terletak di Pulau Melaka, dan terletak berhampiran di Selat Melaka. Kos pembinaan masjid tersebut menelan hampir RM 11 juta. Antara keunikan dan kelainan masjid tersebut adalah masjid ini telah dibina di atas tanah tebus guna yang berkeluasan 1.8 hektar dan mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah.

Masjid Kg. Hulu, Melaka merupakan antara salah satu masjid yang tertua di Malaysia dan 
dijadikan salah satu bangunan warisan sejarah oleh Pemerintah Kerajaan Malaysia. 
Kedatangan Islam ke alam Melayu selain membawa ajaran Islam berupa aqidah, ia juga telah mengembangkan konsep Islam iaitu ad-Din sebagai cara hidup. Di antara cara hidup yang terpenting yang berhubung rapat dengan ad-Din ialah masjid (Abdul Rahman, 1981). Seni bina masjid termasuk di dalam seni bina bangunan yang penting di Malaysia. Selain menjadi lambang keagungan syiar Islam, masjid juga menjadi pusat pengembangan ajaran Islam. Perkataan ‘masjid’ berasal dari bahasa Arab. Secara harfiah ia bererti tempat sujud iaitu posisi ketiga dalam solat (namaz), ketika dahi orang yang solat menyentuh tanah dalam kepatuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah swt (Nasr, 1987).


                                            Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya


                                             Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak. 


Antara fungsi-fungsi masjid ialah sebagai tempat menunaikan solat Jumaat di samping solat-solat biasa, tempat ahli jemaah bermesyuarat sebelum menjalankan sesuatu kegiatan kebajikan dan tempat mengajar pelbagai ilmu keagamaan. Antaranya pengajaran ilmu tauhid (ilmu berkenaan keesaan Allah), fekah (pengetahuan berkenaan hukum agama Islam), sejarah Islam, tafsir (keterangan dan penjelasan berkenaan ayat-ayat al-quran), kursus menguruskan mayat, kursus haji dan sebagainya. Di masjid juga sering diadakan majlis syarahan agama dan lain-lain majlis sosial seperti maulidur rasul, bacaan tahlil dan bacaan yaasin.

Ciri-ciri yang nyata pada sesebuah masjid ialah kubah, menara, bumbung, pintu besar, tiang-tiang utama, mimbar masjid, mihrab, hiasan di ruang-ruang sebelah dalam masjid seperti seni ukir dan seni khat.



5 comments:

  1. adakah hanya Islam yang mempengaruhi seni bina malaysia pada hari ini

    ReplyDelete
  2. Penjelasan yang sangat jelas...bagus😀 Dan saya lebih memahami dengan lebih baik

    ReplyDelete
  3. alam melayu dengan tanah melayu lain

    ReplyDelete