Wednesday 17 February 2016

RUJUKAN



  • Abdul Rahman Haji Abdullah.1989.Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia.

  • Fairuzah Hj. Basri.2008. Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu Kotemporari, Selangor : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

  • Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Zulkiflee Haron dan lain-lain. 2013:Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Skudai: Penerbit UiTM Press.

  • Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU).2013. Tamadun Islam Pemikiran dan Sejarah Perkembangan: Universiti Teknologi Mara (Cawangan Melaka)

  • Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Teori Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu.



Tanah Arab:

Teori mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara dari semenanjung Tanah Arab dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh intelektual tempatan, Profesor Syed Muahammad Naquib al-Attas. Menurut Crawford, Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti para pedagang. Beliau menggunakan bukti catatan China yang mengatakan bahawa orang arab dan parsi telah mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di canton atau Amoy sejak tahun 300M.. Sejak awal lagi pedagang Arab ini juga dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan iskandariah di Mesir hingga ke China. Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam di Makkah pada  abad ketujuh Masihi.

Pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara terutamanya pelabuhan Selat Melaka yang srategik kerana terletak di tengah-tengah laluan perdagangan, pelabuhan-pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubuhan angin monsun untuk ke China. Kebanyakan pedagang Arab telah menetap selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan sehingga sebahagian besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ. Perkampungan ini menjadi amat penting kerana menyediakan tapak untuk berdagang serta berfungsi sebagai tempat mengumpul barang dan tempat membeli barang-barang mewah yang dating dari China dan India. Selain itu, terdapat orang Arab di perkampungan ini yang berkahwin dengan wanita tempatan. Dengan ini wujud tapak yang kukuh bagi pedagang Arab ini menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.

Masa menunggu perubahan angina monsun juga digunakan oleh para pedagang ini untuk berbincang serta berinteraksi dengan pedangang tempatan dan Asia Tenggara Tentang kepercayaan dan agama. Kehidupan serta nilai Islam yang murni yang diperlihatkan oleh para pedakwah dan serta pedagang Islam ini telah menarik minat orang tempatan untuk mendalami agama islam yang murni. Kejujuran pedagang Islam menjalankan perniagaan, sifat mementingkan kebersihan, dan berhemah tinggi merupakan sesuatu yang menarik minat masyarakat dan pedagang tempatan kepada Islam. Kehidupan dan aktiviti para pedagang Arab ini terdapat  dalam catatan China yang mengatakan bahawa telah wujud sesebuah perkampugan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada tahun 650M.. Tarikh  kewujudan perkampungan ini menunjukkan bahawa Islam telahpun bertapak di Asia Tenggara sejak abad ketujuh Masihi.

Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas bersetuju dengan pendapat yang mengatakan yang mengatakan Islam di Asia Tenggara adalah dari Semenanjung Tanah Arab. Beliau menggunakan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di asia tenggara adalah dari semenanjung Tanah Arab. Selain itu, perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah diambil daripada Bahasa Arab. Menurut beliau juga terdapat karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari Semenanjung Tanah Arab, seperti, hikayat Raja-Raja Pasai yang menceritakan bahawa mubaligh atau pendakwah yang pertama tiba di pasai ialah Sufi berketurunan Arab yang yang bernama syeikh Ismail. Beliau berjaya mengislamkan Raja Pasai, iaitu Merah Silu yang kemudiannya bergelar Malik al-Salih manakala Raja Pattani Phaya Tu Nakpa pula telah diislamkan oleh Syeikh Said.




China:

China. Pendapat ini telah dikemukakan oleh Emanuel Gandinho Eredia dan S. Q. Fatimi. Mereka mengemukakan alasan bahawa Khan Fo atau Canton (sekarang dikenali sebagai Guang Zhou) telah menjadi pusat perniagaan terkenal dikalangan peniaga Arab yang beragama Islam sejak abad kesembilan Masihi. Jalinan hubungan antara peniaga ini sudah tentu membolehkan Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa Islam tersebar ke Asia Tenggara menerusi Islam berkembang di kalangan peniaga China di negaranya tersendiri. Apabila peniaga China Islam ini berdagang ke Asia Tenggara, mereka telah menyebarkan islam kepada masyarakat Asia Tenggara.

Seterusnya, S. Q. Fatimi pula memberikan bukti bahawa berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara pada sekitar tahun 876 M… Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu. Walaupun Batu Bersurat Terengganu ini masih tidak diketahui asal usulnya, namun, fakta sejarahj yang tidak dapat dinafikan ialah di Terengganu telah pun wujud sebuah kerajaan tua yang juga bergantung pada perdagangan.


India:

Teori yang ketiga mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu dari wilayah Gujerat dan pantai Koromandel sejak abad ke-13 M… Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgonje, sejarawan Belanda. Beliau berpendapat hubungan perdagangan yang begitu lama wujud antara India dengan Asia Tenggara membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.

Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Alaudin Khilji di India. Menurusi aktiviti perdagangan, pedagang Islam telah menyebarkan Islam kepada pedagang atau masyarakat di rantau Asia Tenggara. Selain itu, terdapat juga batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik Al-Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan India. Dengan itu, mengikut mereka, wajarlah dikatakan Islam telah disebarkan di Kepulauan Melayu ini oleh pedagang India Islam.

Masyarakat Asia Tenggara juga mempunyai perkaitan yang rapat dengan India terutama dari segi budaya. Kewujudan unsur kebudayaan Hindu di Asia Tenggara menunujukan terdapat hubungan yang rapat antara kedua-dua negara sejak dahulu lagi.Walaupun ada pelbagai pendapat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara, namun, sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke rantau ini telah dibawa oleh pedagang Islam. Mereka terdiri daripada pedagang Arab, China dan India. Ada kebenarannya bahawa pedagang ini menyebarkan Islam semasa menjalankan perniagaan kerana berdakwah dituntut oleh Islam. Usaha awal penyebaran Islam oleh pedagang terhad di kawasan pelabuhan dan di kalangan pedagang. Penyebaran Islam seterusnya telah dikembangkan oleh para ulama sehingga Islam menjadi salah satu agama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Asia Tenggara. Sebagai masyarakat rantau ini, kita harus menghargai dan menghormati nilai-nilai yang dibawa oleh Islam.

Faktor-faktor perkembangan islam di Alam Melayu



Islam di Alam Melayu telah berkembang melalui pelbagai cara hasil usaha mereka yang semangat dalam menyebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia. Antara faktor-faktor perkembangan islam di Alam Melayu ialah dari sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya, di samping ada yang menekankan faktor-faktor perdagangan, ahli sufi, perkahwinan dan lain-lainnya. Pengembang-pengembang Islam yang menyebarkan agama Islam ke alam Melayu telah memahami permasalahan budaya yang dihadapi oleh penganut-penganut Islam di daerah tersebut. Pemikir-pemikir budaya melayu dengan Islam telah menyesuaikan pelbagai aspek dari kebudayaan Melayu denga ciri-ciri keislaman, sehingga dengan itu lahirlah peradaban Melayu yang memperlihatkan unsur-unsur Islam yang universal. Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di alam Melayu. Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut :

1.    Keistimewaan Agama Islam

Orang ramai tertarik untuk menganuti agama Islam kerana kemurnian ajaran Islam yang mencukupi kesemua bidang kehidupan. Ini termasuk konsep Tuhan Yang Maha Esa atau Tauhid, keadilan, hak individu dan masyarakat, kehidupan yang harmoni, menyanjung akhlak mulia, dan menganjurkan konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hal ini telah menyebabkann agama Islam tersebar meluas di Asia Tenggara.

2.    Perdagangan

Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam di Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi. Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Di samping menjalankan perdagangan, mereka melakukan aktiviti dakwah dan mengadakan perbincangan-perbincangan tentang ajaran Islam di perkampungan-perkampungan pedagang. Selain itu, disebabkan kejujuran dan sifat amanah para pedagang Islam ini, ramai di kalangan mereka telah dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa Bandar pelabuhan di Asia Tenggara. Dengan itu Islam juga tersebar menerusi peranan syahbandar.

Di antara nama-nama pedagang dan pendakwah Arab yang berjasa megislamkan masyarakat Alam Melayu, menurut catatan sejarah ialah Syeikh Abdullah Ariff, Syeikh Mulana Abdul Aziz(Jeddah), Syeikh Malik Ibrahim, Syeikh Ismail (Mekkah), Syarif Ali Mifaqquh Muqaddam, Tuan Sayid Habib Husain al-Qadri dan Tuan Syarif Awliya (Hadramaut).

Sebagai contoh di Melaka misalnya ada antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.Dengan cara ini Islam cepat tersebar di alam Melayu. Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.


3.    Pengislaman raja-raja

Islam seterusnya tersebar melalui peranan raja dan golongan bangsawan. Masyarakat Asia Tenggara khususnya masyarakat Melayu, sangat mentaati golongan pemerintah. Keadaan ini telah menyebabkan raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat. Apabila raja sesebuah negeri memeluk Islam, amalan ini akan diikuti oleh rakyatnya.

Sebagai contoh, pengislaman Megat Iskandar telah diikuti oleh pembesar Melaka, keluarga diraja, dan rakyat Melaka secara keseluruhannya. Di Pasai, pengislaman Raja Malik Al-Salih juga telah menyebabkan para pembesar turut memeluk Islam. Selepas pengislaman Raja Malik al-Salih juga telah menyebabkan para pembesar turut memeluk Islam. Selepas pengislaman Raja Malik al-Salih, Pasai telah menjadi sebuah kerajaan Islam yang kuat seterusnya menerusi usaha yang dijalankan oleh pemerintah, Islam tersebar dengan cepat.




4.    Perkahwinan

Kedatangan sesuatu bangsa ke Negara-negara lain dalam waktu yang lama, tidak dapat menghindari kemungkinan berlakunya proses interaksi melalui perkahwinan. Begitu juga apa yang berlaku di Alam Melayu di peringkat awal penyebaran Islam. Saudagar yang datang ke alam Melayu merupakan golongan yang kaya raya. Sesetengahnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.

Perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan untuk menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka seterusnya akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai. Hasilnya bertambahlah bilangan penduduk yang menganut agama Islam. Syeikh Abu Bakar misalnya, adalah seorang pendakwah yang terkenal berasal dari Mekah telah berkahwin dengan puteri Sulu dan membantu kerajaan tersebut melaksanakan pemerintahan mengikut sistem Islam.

Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri raja dari negara lain. proses ini biasanya dipanggil perkahwinan sahsiah. Langkah ini turut membantu perkembangan Islam ke sesebuah negara. Umpamanya perkahwinan puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam tersebar dari Pasai ke Melaka. Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka dengan putera puteri Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua menjadi negeri Islam kemudiannya.


5.    Penaklukan

Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor pendorong tersebarnya Islam di Nusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain. Jika daerah yang ditawan itu belum Islam maka dengan penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik, kedudukan, ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang ditawan itu telah Islam maka dangan penaklukan itu, Islam dapat dikembangkan dengan lebih berkesan lagi.

Misalnya, Kerajaan Acheh yang merupakan sebuah empayar Islam yang tersebar di abad 16 dan 17 di Asia Tenggara ini yang mempunyai jajahan takluk yang luas di Sumatera dan Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam dengan mudah juga di daerah tanah tajahannya itu. Memangnya ada tercatit dalam sejarah Acheh bahawa kerajaan Acheh telah mengirimkan para pendakwah Islam ke daerah tanah jajahannya itu di Tanah Jawa. Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerah yang diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu Majapahit telah ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya. Dengan ini maka Majapahit bertukar menjadi sebuah negara Islam.

Di samping itu, Melaka di zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Petani, Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak, Johor, Bangkalis dan lain-lainya. Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkan dengan mudahnya di daerah jajahan takluk tersebut. Walaupun ketika Melaka melalui zaman kejatuhan tidak bererti berhentinya dakwah Islamiah di rantau ini kerana pada abad ke 18M-19M Pattani telah meneruskan usaha-usaha tersebut. Usaha-usaha yang dilakukan oleh raja-raja Melayu terbukti telah berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam di Alam Melayu.


6.    Pendakwah

Kehadiran pendakwah di tengah-tengah masyarakat Melayu telah menarik hati masyarakat tempatan kerana kemuliaan dan keperibadian yang dimiliki oleh mereka. Dalam pergaulan mereka dengan masyarakat, mereka telah telah menunjukkan sifat-sfat terpuji seperti menjaga amanah, kesucian, kebenaran,keadilan, menepati janji serta menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan terkutuk. Secara tidak langsung masyarakat setempat tertarik untuk bergaul dan seterusnya mengenali ajaran Islam. Akhirnya mereka memeluk dan mengamalkan agama tersebut dalam kehidupan.

Sebagai Contoh, Peranan Ahli Tsawuf dan Sufi Kegiatan penyebaran Islam dikembangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi. Ahli tasawuf da sufu merupakan ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah menunjukkan teladan yang baik tentang islam itu sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan satun dan bertatatertip sehingga tingkah laku dan tutur kata mereka mempersonakan orang ramai.Di zaman Melaka, golongan ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh pemerintah kerana bijak dalam tutur kata. Nasihatnya di dengar oleh sultan dan par pembesar. 



7.    Sokongan Pemerintah

Para sultan turut menyumbang kearah kejayaan tersebarnya Islam di Alam Melayu. Mereka telah memberi kepercayaan kepada ulamak-ulamak untuk berperanan sebagai tenaga penggerak utama, membantu penyebaran dakwah Islam dan menjadi tenaga pengajar di wilayah-wilayah yang telah dibuka mahupun wilayah-wilayah baru yang belum menerima Islam. Sultan juga melantik ulamak menjadi penasihat dalam urusan Negara dan berbincang bersama mereka hal-hal keagamaan.


Contohnya, Sultan Alauddin Shah iaitu sultan Melaka ketujuh (1477M – 1488M) adalah salah satu contoh nyata bagi membuktikan peranan dan sokongan pemerintah terhadap penyebaran Islam. Selain terkenal dengan sifat kepahlawanannya, beliau juga terkenal sebagai ulamak yang warak. Baginda telah menjemput sultan-sultan yang berada di bawah kekuasaan wilayahnya ke majlis-majlis ilmu dan bertindak sebagai pengajar. Pada masa yang sama undang-undang Islam telah dilaksanakan, seperti hukum hudud dan sebagainya.

PENGARUH ISLAM DALAM PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG


Kedatangan Islam ke Tanah Melayu bukan sahaja mempengaruhi seni bina, pentadbiran dan budaya malah turut mempengaruhi undang-undang. Antara kesan-kesannya adalah:
·         
      Wujudnya mahkamah syariah

·    Tergubalnya undang-undang dalam setiap aspek perlakuan, contohnya dalam urusan jual beli dan jenayah. Pesalah dapat dihukum dengan adil dan setimpal.

Berikut adalah undang-undang yang telah digubal selepas kedatangan Islam:

a)      Hukum Kanun Melaka
Berikut adalah contoh hukuman bagi pesalah dalam Hukum Kanun Melaka:

Hukum Qisas - Dinyatakan sesispa yang mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh. Orang Islam yang membunuh orang kafir tak dikenakan qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yang sama dan setimpal. Hal ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat Fasal 17 Hukum Kanun Melaka menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat (denda). Hal ini selari dengan mazhab Shafiee. 

Hukum Hudud - Berhubung dengan kesalahan zina, qazaf, mencuri, minum arak dan murtad. Sebagai contoh kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yang telah berkahwin dan disebat 100 kali bagi yang belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah an-Nur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan qazaf akan disebat 80 kali sebatan. Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40 kali sebatan. 

Hukum Ta’zir -  Bagi kesalahan yang tidak dikenakan hudud dan qisas seperti mencuri tidak cukup nisab akan dikenakan ta’zir. Contoh akan diminta pulang semula barang yang dicuri atau digantung dileher dan diarak keliling kampung sebagai pengajaran.



b)     Undang-Undang Pernikahan dan Penceraian:

Islam sangat menggalakkan perkahwinan bagi menghalalkan hubungan dan mengelakkan fitnah dan maksiat. Islam tidak menggalakkan penceraian namun jika hubungan itu membawa lebih banyak mudarat berbanding kebaikan, ianya adalah wajibkan.

Antara undang-undang dalam perkahwinan ialah:
·         Wali
·         Talak
·         Rujuk
·         Poligami


c)      Undang-Undang dalam urusan Jual Beli

Antara undang-undang yang digubal berdasarkan hukum Islam ialah:
·         Hutang
·         Gadaian

·         Insurans

Pengaruh Islam Dalam Akidah Masyarakat Melayu



Sebelum Kedatangan Islam

Masyarakat Melayu dahulu menganut kepercayaan Animisme yang bererti kepercayaan kepada makhluk-makhluk, objek-objek ataupun roh . Sumber ekonomi mereka ketika itu adalah menjalankan aktiviti pertanian. Justeru, ia berkait rapat dengan keadaan kehidupan masyarakat yang bergantung terhadap alam sekitar, muka bumi dan sebagainya. Maka, wujudnya satu bentuk hubungan yang erat antara manusia dan persekitarannya. Keakraban ini membentuk satu bentuk kepercayaan bahawa setiap yang ada di sekeliling mereka juga ‘hidup’ dan mempunyai ‘roh’, ‘semangat’ dan keperibadian tersendiri.

Keyakinan mereka terhadap makhluk-makhluk seperti ‘penunggu’ atau ‘puaka’ yang menghuni suatu tempat boleh mendatangkan kesan baik mahupun kesan buruk kepada mereka. Kepercayaan kepada animisme ini telah membawa kepada amalan beragama iaitu pemujaan dan menghambakan diri kepada sesuatu yang kononnya mempunyai kuasa untuk mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada si pemuja. Contohnya, masih ramai orang-orang Melayu memuja kampung mereka, dengan tujuan kampung mereka sentiasa dalam keselamatan dan kesejahteraan tanpa digugat oleh makhluk-makhluk ghaib ini. Mereka juga percaya jika tidak dilakukan setiap tahun atau tiga tahun sekali, ia akan mengundang malapetaka atau orang-orang kampung akan digodai oleh jin iblis, dan sebagainya.

Seterusnya, muncul pula agama Hindu-Buddha yang menjadi pegangan masyarakat Melayu selepas itu. Datangnya agama ini telah menyebabkan amalan penyembahan dan upacara-upacara keagamaan lebih tersusun dan teratur. Kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu turut berubah terutama sekali dikalangan golongan pemerintah dan bangsawan.

Pengaruh Hindu dan Buddha semata diamalkan oleh suatu lapisan tipis struktur masyarakat sahaja. Ia merupakan agama yang dipertahankan oleh golongan pemerintah serta golongan bangsawan sedangkan rakyat biasa mengambil sikap tidak ambil peduli terhadap ajaran-ajaran tersebut. Masyarakat Melayu bukanlah sebagai masyarakat Hindu kerana ia dianuti dengan bersungguh-sungguh oleh golongan bangsawan sahaja. Sedangkan falsafah Hindu yang sebenar tidak juga difahami oleh mereka Ajaran yang mereka pegang adalah dalam bentuk pandangan hidup yang berteraskan kesenian serta upacara-upacara ritual untuk memperkukuhkan kedudukan golongan raja-raja dan bangsawan dalam masyarakatnya. Ia bukanlah satu ajaran yang berteraskan falsafah dan logik akal fikiran serta tidak mampu mengubah pandangan hidup masyarakat di Alam Melayu itu sendiri.

Selepas Kedatangan Islam

Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan" seharian masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari adat dan ajaran agama Islam. Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu­Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka lebih percaya kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan persamaan taraf. Corak kehidupan mereka turut berubah kepada hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

Islam mengubah pandangan masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya para Nabi dan Rasul , wujudnya malaikat dan kebenaran kitab-kitab suci. Keimanan mereka dimantapkan dengan melakukan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji. Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran.

Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan di mana masyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang berasaskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah pandangan orang Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni

Agama Islam di Melaka dihayati oleh masyarakat ketika itu sejak agama ini diterima oleh Raja Mahkota Iskandar Shah. Masyarakat Melaka menerima agama Islam yang telah dianuti oleh raja mereka dengan rela. Penerimaan ini, telah mndorong mereka untuk berusaha mengamalkan serta menghayati ajaran dan hukum Islam dengan sebaiknya. Kegiatan kemasyarakatan telah berubah dan menggambarkan penerimaan dan penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Kegiatan keagamaan seperti bermuzakarah, kuliah dan ceramah diadakan. Perayaan dalam Islam disambut dengan penuh penghayatan seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka mula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di Melaka ketika itu. Anak-anak pula dididik dengan cara hidup Islam.



Penyerapan ajaran Islam tidak mengganggu masyarakat yang ada sehingga akhirnya menjadikan orang Melayu di Alam Melayu beragama Islam. Berasaskan konsep tauhid ini juga lahirlah  dua hubungan iaitu hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Pencipta.Tauhid juga membuatkan kehidupan beribadah, mencantikkan akhlak serta mencetus perubahan lain dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sebagainya.

Dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dan masyarakat telah menyebabkan perubahan sosial. Ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme, di mana Islam menekankan konsep persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia adalah berasal dari Nabi Adam a.s. dan Nabi Adam a.s. dijadikan dari tanah. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme

Ekonomi Islam di Tanah Melayu


 Agama Islam yang lahir di semenanjung Tanah Arab telah tersebar ke merata dunia merangkumi sebahagian Eropah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia tenggara. Kedudukan Asia Tenggara di tengah- tengah laluan perjalanan antara Timur dan Barat membawa kesan besar kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan kawasan ini menjadi pusat persinggahan dan tumpuan para pedagang.sejak abad pertama masihi lagi muncul kerajaan yang memberikan perhatian kepada aktiviti perdagangan. Kehadiran agama islam memperlihatkan pembabitan kerajaan-kerajaan islam seperti di bawah dalam urusan perdagangan utara-selatan seperti Melaka, kedah, Kelantan, Terengganu dan negeri yang lain. Sejarah ekonomi orang melayu di abad ke-4 hingga ke-15 seringkali dikaitkan dengan perdagangan, pentadbiran Negara dan perkembangan agama islam. aktiviti perdagangan yang diceburi oleh orang melayu telah meransangkan perkembangan yang berkaitan dengan penggunaan mata wang., percukaian dan seumpamanya. 

Kesannya bukan sahaja terdapat dalam sosiobudaya, malah terdapat dalam pelbagai aspek kegiatan ekonomi kerana pengaruh islam yang mendalam di negeri Melaka serta di negeri melayu yang lain ialah pengaruhi perkembangan ekonominya seperti  amalan riba  tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang islam selain itu, dengan ekonomi cara islam golongan ceti yang memberikan pinjaman wang telah dibenarkan menjalankan aktiviti mereka akan tetapi penegasan bersabit amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun Melaka. Hal ini turut sama ditekankan dan diimplementasikan dalam hukum kanun Pahang. 

Sejajar dengan perdagangan, amka pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta. Kutipan zakat ini kemudiannya disimpan oleh baitulmal. Baitulmal ini  berfungsi untuk menguruskan harta kerajaan. Harta lain akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran Negara serta sebagai sumber bantuan yang sewajarnya kepada ahli masyarakat yang memerlukan bantuan. Pengaruh islam telah membawa perubahan yang besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat melayu sebelum kedatangan Barat. Kehadiran Islam berjaya mengatasi pengaruh ekonomi dalam masyarakat tempatan.

Pendidikan Masyarakat Islam Sebelum dan Selepas Kedatangan Islam

Pendidikan Masyarakat Islam Sebelum Kedatangan Islam

Sebelum kedatangan Islam, pendidikan secara tidak formal untuk kanak-kanak dijalankan di dalam sesebuah keluarga dan kemudian dikendalikan pada oleh seseorang yang mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dalam sebuah masyarakat. Contohnya, kanak-kanak belajar tentang adat resam dan sistem kepercayaan masyarakat Melayu. Apabila kanak-kanak membesar, mereka mempelajari secara tidak langsung adalah cara-cara untuk menyesuaikan diri dalam sebuah masyarakat. Tambahan pula, terdapat pendidikan yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam bidang yang diperlukan oleh masyarakat pada masa itu.
Pengetahuan dan kemahiran masyarakat Melayu antaranya termasuklah ilmu ukiran, anyaman bakul, ilmu mempertahankan diri, ilmu kias dan raksi, ilmu mentafsir mimpi, dan ilmu pertukangan. Ilmu perlombongan, perladangan, dan pertanian dan perikanan. Setiap ilmu tersebut diperturunkan daripada generasi turun temurun untuk kehidupan mereka.
Secara keseluruhannya, pendidikan sebelum kedatangan Islam berteraskan semula jadi dengan kehidupan seharian dan juga adat resam yang menjadi ikutan sesebuah masyarakat. Pendidikan lisan disampaikan melalui lisan secara turun temurun dan generasi ke satu generasi.






Pendidikan Masyarakat Islam Selepas Kedatangan Islam

Pendidikan Islam bermula apabila Tanah Melayu telah menerima Islam apabila Parameswara, Raja Melaka memeluk Islam pada tahun 1414. Pendidikan Islam diajar kepada penganut-penganutnya yang baru dan teksnya adalah Al-Quran. Pendidikan formal telah dipercayai untuk berkembang bersama-sama dengan penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam dan merupakan pelopor yang telah memulakan usaha-usaha pendidikan formal dengan cara membina sekolah-sekolah pondok di Perlis, Kedah, Melaka, Terengganu, dan Kelantan. Tambahan pula, perluasan empayar kesultanan Melayu Melaka pada kurun kelima belas telah mengembangkan agama Islam dan institusi pendidikan formal, pengajian Islam di negeri-negeri di Tanah Melayu. Pendidikan Islam di Tanah Melayu bermula daripada zaman kesultanan Melayu Melaka apabila guru-guru agama, golongan pedagang, pengembara, pendakwah, dan utusan raja.











PENGARUH BUDAYA ISLAM DI ALAM MELAYU

 Para sejarawan mempersetujui bahawa kebudayaan di Tanah Melayu dipengaruhi oleh adat dan budaya Hindu-Buddha yang terlebih dahulu bertapak sebelum kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu.

Antara adat dan budaya yang dipengaruhi oleh pengaruh Hindu-Buddha ialah upacara bersanding dan menepung tawar pasangan pengantin ketika majlis perkahwinan mereka. Adat membaling beras kepada pasangan mempelai adalah salah satu budaya masyarakat Hindu namun perbuatan ini bertentangan dengan ajaran Islam.
Berikut adalah adat dan budaya yang dibawa oleh ajaran Islam ke Tanah Melayu:

·         Wujudnya jawatan-jawatan dikalangan ahli masjid.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah meningkatkan kualiti dan kuantiti pembinaan surau dan masjid. Islam menggalakkan sistem pengurusan yang teratur agar memudahkan segala urusan berkaitan. Sehubungan dengan itu, tercetusnya beberapa jawatan di dalam organisasi masjid. Antaranya ialah imam dan bilal:

Di bawah adalah tugas-tugas imam dan bilal:

Tugas-tugas Imam:

a)      Menjadi pegawai syarie dalam kariah masjid itu dan mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain di masjid itu.
b)      Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di kariah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan.
c)      Membaca khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya.
d)     Memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak kariah masjid itu sedaya upayanya.
e)      Mengetuai, mengawasi dan mengatur pengajaran agama Islam di kalangan anak-anak kariah masjid itu.
f)       Membimbing bilal, siak dan anak kariah masjid itu dalam menjalankan tugas-tugas Imam.



Tugas-tugas Bilal:

a)      Menjaga waktu solat fardhu;
b)      Azan serta Qamat bagi tiap-tiap solat fardhu sehari semalam dalam lingkungan masa dari jam 5.00 pagi hingga 9.00 malam.
c)      Membaca Tarhim dan Ayat Al-Quran sebelum Azan bagi solat Subuh dan Taslim dan Ayat Quran sebelum Azan bagi solat Jumaat.
d)     Membaca Salawat dan Doa Ringkas ketika Imam atau Khatib duduk antara dua khutbah dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya.
e)      Mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya dan Kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan.
f)       Menggantikan Imam sebagai Imam Rawatib dan sebagai Imam Tarawikh dalam bulan Ramadhan semasa ketiadaan Imam.
g)      Berselawat solat Tarawikh.
h)      Bertadarus membaca Al-Quran di masjid.

·         Majlis Akikah.

Apabila seseorang bayi dilahirkan, bayi tersebut akan diraikan selepas 60 hari kelahirannya. Majlis ini diadakan adalah untuk mengekspresikan rasa syukur kepada Allah SWT dengan kelahiran bayi tersebut. Seterusnya, majlis ini mampu mengeratkan silaturrahim sesama makhluk disamping memberitahu tentang kelahiran bayi itu.

Bagi majlis ini, pihak keluarga bayi perlu menyembelih dua ekor kambing bagi bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan.

·         Alat Muzik

Islam tidak menggalakkan alat muzik bertali. Antara alat muzik yang disyorkan oleh Islam ialah kompang. Kompang diperbuat dari kulit kambing namun kini diganti dengan kulit lembu mahupun getah sintetik.


·         Cara Berpakaian & Pergaulan

Islam sering dikaitkan dengan cara berpakaian yang sopan. Islam menyeru untuk menutup aurat dan memelihara kehormatan diri, sama ada lelaki mahupun wanita.

Bagi kaum lelaki, aurat mereka adalah diantara pusat hingga ke lutut manakala bagi wanita, aurat mereka adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.


Mereka harus memakai pakaian yang menutupi aurat masing-masing. Kaum wanita,terutamanya mereka haruslah memakai pakaian longgar, tidak jarang dan tidak menarik perhatian ajnabi. Kaum lelaki haruslah memakai pakaian yang sesuai dan tidak mempunyai lambing atau simbol yang mendatangkan salah faham dan fitnah.

Karya Islam di Tanah Melayu


Penghasilan karya sejarah yang menyangkut tentang tokoh-tokoh agama terutamanya para anbia dan rasul serta semua peristiwa yang berkaitan dengan agama adalah dituntut oleh islam. Untuk tujuan itu para ulama awal turut menghasilkan karya pensejarahan islam seiring dengan penghasilan beberapa karya agama dan sastera dengan matlamat yang sama iaitu untuk memudahkan lagi usaha dakwah di kalangan masyarakat melayu.

Proses perkembangan penterjemahan dalam perkembangan intelektual orang islam telah dipertingkatkan lagi dengan penubuhan sebuah perpustakan, iaitu baitulhikmah yang ditubuhkan oleh Khalifah Harun al-Rasyid semasa zaman kerajaan Abbasiyah. Penubuhan perpustakaan ini membolehkan bahan penulisan daripada tamadun lain disimpan dan dikaji oleh cendiakawan islam.proses penterjemahan hasil karya tamadun bukan islam telah menghasilkan satu budaya keilmuan dan intelektual yang sangat tinggi dikalangan orang islam.

Sebelum kedatangan islam bahasa melayu kuno yang menggunakan tulisan paliava merupakan bahasa komunikasi. Ekoran dari kedatangan islam, tulisan arab diperkenalkan untuk memudahkan untuk untuk memudahkan memahami al-Quran dan al-Harith serta kitab-kitab agama yang ditulis dalam bahasa Arab. Tulisan arab telah diubahsuai mengikut lidah pertuturan orang-orang melayu yang dikenali dengan tulisan jawi.terdapat beberapa buah pusat kebudayaan islam yang penting di Alam Melayu ketika itu yang memainkan peranan sebagai pusat intelektual dan keilmuan seperti Samudera-Pasai, Perak, Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Sebagai contohnya kerajaan Samudera-Pasai pada zaman kegemilangannya merupakan pusat penterjemahan di kepulauan melayu. Banyak kitab-kitab agama diterjemahkan ke bahasa Melayu menurut cerita sejarah Melayu klasik, kitab “al-Durr al-Manzum” pernah dihantar oleh Sultan Mansur Syah pula dikatakan pernah merujuk ke Samudera-Pasai. Sultan Mansur Shah pula dikatakan pernah merujuk Samudera-Pasai menjadi pakar rujuk kepada raja dan alim ulama dari luar seperti Sheikh ismail al-Siddiq.

Pada zaman kegemilangan kesultanan melayu Melaka, buku-buku kesusasteraan yang dipengaruhi gaya tulisan Arab seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi Bercukur dijadikan bacaan umum sebagai cerita rakyat. Manakala –asli karya Acheh yang terkenal ialah Tajul-Salatin (Mahkota Raja-raja) dan Bustanul-Salatin (Taman Raja-raja) yang menceritakan keindahan sebuah kerajaan dengan istana, kota dan taman-tamannya Di antara tokoh ulama dan penulis Acheh yang banyak menghasilkan karya bercorak islam ialah:
·    


  •      Hamzah Fansuri dengan karyanya berbentuk prosa dan puisi seperti Syair Buming Pingai, Syair  Perahu dan sebagainya.
  •          Sheikh Nurudin al-Raniri banyak menghasilkan cerita berunsur keagamaan seperti Siratul Mustakim, Akhbar al-Akhirah Fi Ahwal al-Kiamah dan sebagainya. 

  •      Sheikh Syamsudin al-sumatrani menghasilkan karya islam yang menyentuh soal ketuhanan dan kemanusiaan sejagat seperti Syarah Rubai’ Hamzah Fansuri, Miratul Mukminin dan Mirat al-Mustaqqiqin.  

  •     Syeikh Abdul Rauf al-Singkili Menghasilkan karya kitab agama seperti Mirat al-Tulab, Tafsir Badawi dan sebagainya. 

  •    Syeikh Abdullah Arif dengan kitabnya Kitab Bahr al-Lahut sebuah kitab tasawuf yang ditulis dalam bahsa Arab dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.

Seni Bina di Alam Melayu


Melaka bukan sahaja merupakan sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarah tetapi ia juga merupakan sebuah pusat penyebaran dan perkembangan Islam yang terulung di nusantara. Sehubungan itu, masjid-masjid telah didirikan untuk dijadikan tempat belajar ilmu agama seperti fikah, usuluddin, tasauf, tafsir dan mengaji al-quran. Masjid-masjid yang kekal hari ini menjadi monumen dan warisan sejarah yang tidak ternilai harganya. Tidak hanya setakat itu, kerajaan negeri Melaka turut membina masjid-masjid baru dalam usaha meningkatkan lagi syiar Islam di samping memenuhi keperluan berikutan pertambahan penduduk di negeri itu sendiri.


                                                           Masjid Selat Melaka, Melaka  


                                                             Masjid Kg. Hulu, Melaka

Masjid Selat Melaka merupakan sebuah masjid yang terletak di Pulau Melaka, dan terletak berhampiran di Selat Melaka. Kos pembinaan masjid tersebut menelan hampir RM 11 juta. Antara keunikan dan kelainan masjid tersebut adalah masjid ini telah dibina di atas tanah tebus guna yang berkeluasan 1.8 hektar dan mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah.

Masjid Kg. Hulu, Melaka merupakan antara salah satu masjid yang tertua di Malaysia dan 
dijadikan salah satu bangunan warisan sejarah oleh Pemerintah Kerajaan Malaysia. 
Kedatangan Islam ke alam Melayu selain membawa ajaran Islam berupa aqidah, ia juga telah mengembangkan konsep Islam iaitu ad-Din sebagai cara hidup. Di antara cara hidup yang terpenting yang berhubung rapat dengan ad-Din ialah masjid (Abdul Rahman, 1981). Seni bina masjid termasuk di dalam seni bina bangunan yang penting di Malaysia. Selain menjadi lambang keagungan syiar Islam, masjid juga menjadi pusat pengembangan ajaran Islam. Perkataan ‘masjid’ berasal dari bahasa Arab. Secara harfiah ia bererti tempat sujud iaitu posisi ketiga dalam solat (namaz), ketika dahi orang yang solat menyentuh tanah dalam kepatuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah swt (Nasr, 1987).


                                            Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya


                                             Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak. 


Antara fungsi-fungsi masjid ialah sebagai tempat menunaikan solat Jumaat di samping solat-solat biasa, tempat ahli jemaah bermesyuarat sebelum menjalankan sesuatu kegiatan kebajikan dan tempat mengajar pelbagai ilmu keagamaan. Antaranya pengajaran ilmu tauhid (ilmu berkenaan keesaan Allah), fekah (pengetahuan berkenaan hukum agama Islam), sejarah Islam, tafsir (keterangan dan penjelasan berkenaan ayat-ayat al-quran), kursus menguruskan mayat, kursus haji dan sebagainya. Di masjid juga sering diadakan majlis syarahan agama dan lain-lain majlis sosial seperti maulidur rasul, bacaan tahlil dan bacaan yaasin.

Ciri-ciri yang nyata pada sesebuah masjid ialah kubah, menara, bumbung, pintu besar, tiang-tiang utama, mimbar masjid, mihrab, hiasan di ruang-ruang sebelah dalam masjid seperti seni ukir dan seni khat.