Wednesday 17 February 2016

Pendidikan Masyarakat Islam Sebelum dan Selepas Kedatangan Islam

Pendidikan Masyarakat Islam Sebelum Kedatangan Islam

Sebelum kedatangan Islam, pendidikan secara tidak formal untuk kanak-kanak dijalankan di dalam sesebuah keluarga dan kemudian dikendalikan pada oleh seseorang yang mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dalam sebuah masyarakat. Contohnya, kanak-kanak belajar tentang adat resam dan sistem kepercayaan masyarakat Melayu. Apabila kanak-kanak membesar, mereka mempelajari secara tidak langsung adalah cara-cara untuk menyesuaikan diri dalam sebuah masyarakat. Tambahan pula, terdapat pendidikan yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam bidang yang diperlukan oleh masyarakat pada masa itu.
Pengetahuan dan kemahiran masyarakat Melayu antaranya termasuklah ilmu ukiran, anyaman bakul, ilmu mempertahankan diri, ilmu kias dan raksi, ilmu mentafsir mimpi, dan ilmu pertukangan. Ilmu perlombongan, perladangan, dan pertanian dan perikanan. Setiap ilmu tersebut diperturunkan daripada generasi turun temurun untuk kehidupan mereka.
Secara keseluruhannya, pendidikan sebelum kedatangan Islam berteraskan semula jadi dengan kehidupan seharian dan juga adat resam yang menjadi ikutan sesebuah masyarakat. Pendidikan lisan disampaikan melalui lisan secara turun temurun dan generasi ke satu generasi.






Pendidikan Masyarakat Islam Selepas Kedatangan Islam

Pendidikan Islam bermula apabila Tanah Melayu telah menerima Islam apabila Parameswara, Raja Melaka memeluk Islam pada tahun 1414. Pendidikan Islam diajar kepada penganut-penganutnya yang baru dan teksnya adalah Al-Quran. Pendidikan formal telah dipercayai untuk berkembang bersama-sama dengan penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam dan merupakan pelopor yang telah memulakan usaha-usaha pendidikan formal dengan cara membina sekolah-sekolah pondok di Perlis, Kedah, Melaka, Terengganu, dan Kelantan. Tambahan pula, perluasan empayar kesultanan Melayu Melaka pada kurun kelima belas telah mengembangkan agama Islam dan institusi pendidikan formal, pengajian Islam di negeri-negeri di Tanah Melayu. Pendidikan Islam di Tanah Melayu bermula daripada zaman kesultanan Melayu Melaka apabila guru-guru agama, golongan pedagang, pengembara, pendakwah, dan utusan raja.











13 comments:

  1. bagus tapi masih tidak cukup jika hanya ini yang di pamerkan ,, jika boleh saya ingin lebih banyak info tentang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehkan cik berikan isi tntang maklumat ini lagi

      Delete
    2. Tak clear sangat maklumat tak faham.....soalan saya kenapa pendidikan formal masyarakat melayu berkembang selepas kedatangan islam tapi jwpn ni lain macam jwpn bagi soalan bagaimana pendidikan formal masyarakat melayu berkembang

      Delete
    3. jawapan
      -masyarakat memiliki sifat mementingkan pengetahuan
      -Islam mewajibkan usaha menuntut islam

      Delete
  2. assalamualaikum saya fatin,
    saya masih lagi seorang student sek.men. boleh x admin buat lagi banyak maklumat tentang sejarah pendidikan formal di alam melayu insyaallah saya rasa ramai student akan melayari laman web admin ..saya harap admin boleh buat

    ReplyDelete
  3. Rasanya boleh buat petikan ni dgn lebih lanjut,terbaikk :)

    ReplyDelete
  4. perlu lebih banyak info. terima kasih

    ReplyDelete
  5. mengapakah pendidikan formal masyarakat melayu berkembang selepas kedatangan islam?
    jawapan
    -masyarakat memiliki sifat mementingkan pengetahuan
    -Islam mewajibkan usaha menuntut islam

    ReplyDelete