Tanah Arab:
Teori
mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara dari semenanjung Tanah Arab
dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh intelektual tempatan, Profesor
Syed Muahammad Naquib al-Attas. Menurut Crawford, Islam berkembang ke Asia
Tenggara menerusi aktiviti para pedagang. Beliau menggunakan bukti catatan
China yang mengatakan bahawa orang arab dan parsi telah mempunyai pusat perniagaan
dan petempatan di canton atau Amoy sejak tahun 300M.. Sejak awal lagi pedagang
Arab ini juga dapat menguasai perdagangan laut dari pelabuhan iskandariah di
Mesir hingga ke China. Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini
terutama setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad ketujuh Masihi.
Pedagang
Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara
terutamanya pelabuhan Selat Melaka yang srategik kerana terletak di
tengah-tengah laluan perdagangan, pelabuhan-pelabuhan tersebut menjadi tempat
menunggu perubuhan angin monsun untuk ke China. Kebanyakan pedagang Arab telah
menetap selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan sehingga sebahagian
besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ. Perkampungan ini
menjadi amat penting kerana menyediakan tapak untuk berdagang serta berfungsi
sebagai tempat mengumpul barang dan tempat membeli barang-barang mewah yang
dating dari China dan India. Selain itu, terdapat orang Arab di perkampungan
ini yang berkahwin dengan wanita tempatan. Dengan ini wujud tapak yang kukuh
bagi pedagang Arab ini menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia
Tenggara.
Masa
menunggu perubahan angina monsun juga digunakan oleh para pedagang ini untuk
berbincang serta berinteraksi dengan pedangang tempatan dan Asia Tenggara
Tentang kepercayaan dan agama. Kehidupan serta nilai Islam yang murni yang
diperlihatkan oleh para pedakwah dan serta pedagang Islam ini telah menarik
minat orang tempatan untuk mendalami agama islam yang murni. Kejujuran pedagang
Islam menjalankan perniagaan, sifat mementingkan kebersihan, dan berhemah
tinggi merupakan sesuatu yang menarik minat masyarakat dan pedagang tempatan
kepada Islam. Kehidupan dan aktiviti para pedagang Arab ini terdapat dalam catatan China yang mengatakan bahawa
telah wujud sesebuah perkampugan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada
tahun 650M.. Tarikh kewujudan
perkampungan ini menunjukkan bahawa Islam telahpun bertapak di Asia Tenggara
sejak abad ketujuh Masihi.
Profesor
Syed Muhammad Naquib al-Attas bersetuju dengan pendapat yang mengatakan yang
mengatakan Islam di Asia Tenggara adalah dari Semenanjung Tanah Arab. Beliau
menggunakan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan
di asia tenggara adalah dari semenanjung Tanah Arab. Selain itu, perkataan Arab
yang terdapat pada tulisan jawi telah diambil daripada Bahasa Arab. Menurut
beliau juga terdapat karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja Asia
Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari Semenanjung Tanah Arab, seperti, hikayat Raja-Raja Pasai yang
menceritakan bahawa mubaligh atau pendakwah yang pertama tiba di pasai ialah
Sufi berketurunan Arab yang yang bernama syeikh Ismail. Beliau berjaya
mengislamkan Raja Pasai, iaitu Merah Silu yang kemudiannya bergelar Malik
al-Salih manakala Raja Pattani Phaya Tu Nakpa pula telah diislamkan oleh Syeikh
Said.
China:
China.
Pendapat ini telah dikemukakan oleh Emanuel Gandinho Eredia dan S. Q. Fatimi.
Mereka mengemukakan alasan bahawa Khan Fo atau Canton (sekarang dikenali
sebagai Guang Zhou) telah menjadi pusat perniagaan terkenal dikalangan peniaga
Arab yang beragama Islam sejak abad kesembilan Masihi. Jalinan hubungan antara
peniaga ini sudah tentu membolehkan Terdapat juga teori yang mengatakan bahawa
Islam tersebar ke Asia Tenggara menerusi Islam berkembang di kalangan peniaga
China di negaranya tersendiri. Apabila peniaga China Islam ini berdagang ke
Asia Tenggara, mereka telah menyebarkan islam kepada masyarakat Asia Tenggara.
Seterusnya,
S. Q. Fatimi pula memberikan bukti bahawa berlaku perpindahan beramai-ramai
pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara pada sekitar
tahun 876 M… Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan penemuan Batu Bersurat
Terengganu yang ditemui di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu.
Walaupun Batu Bersurat Terengganu ini masih tidak diketahui asal usulnya,
namun, fakta sejarahj yang tidak dapat dinafikan ialah di Terengganu telah pun
wujud sebuah kerajaan tua yang juga bergantung pada perdagangan.
India:
Teori yang ketiga mengatakan bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu dari wilayah Gujerat dan pantai Koromandel sejak abad ke-13 M… Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgonje, sejarawan Belanda. Beliau berpendapat hubungan perdagangan yang begitu lama wujud antara India dengan Asia Tenggara membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.
Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Alaudin Khilji di India. Menurusi aktiviti perdagangan, pedagang Islam telah menyebarkan Islam kepada pedagang atau masyarakat di rantau Asia Tenggara. Selain itu, terdapat juga batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa, dan batu nisan Malik Al-Salih di Pasai yang mempunyai ciri buatan India. Dengan itu, mengikut mereka, wajarlah dikatakan Islam telah disebarkan di Kepulauan Melayu ini oleh pedagang India Islam.
Masyarakat Asia Tenggara juga mempunyai perkaitan yang rapat dengan India terutama dari segi budaya. Kewujudan unsur kebudayaan Hindu di Asia Tenggara menunujukan terdapat hubungan yang rapat antara kedua-dua negara sejak dahulu lagi.Walaupun ada pelbagai pendapat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara, namun, sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke rantau ini telah dibawa oleh pedagang Islam. Mereka terdiri daripada pedagang Arab, China dan India. Ada kebenarannya bahawa pedagang ini menyebarkan Islam semasa menjalankan perniagaan kerana berdakwah dituntut oleh Islam. Usaha awal penyebaran Islam oleh pedagang terhad di kawasan pelabuhan dan di kalangan pedagang. Penyebaran Islam seterusnya telah dikembangkan oleh para ulama sehingga Islam menjadi salah satu agama yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat Asia Tenggara. Sebagai masyarakat rantau ini, kita harus menghargai dan menghormati nilai-nilai yang dibawa oleh Islam.
No comments:
Post a Comment