Islam di Alam Melayu telah
berkembang melalui pelbagai cara hasil usaha mereka yang semangat dalam
menyebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia. Antara faktor-faktor perkembangan
islam di Alam Melayu ialah dari sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya,
di samping ada yang menekankan faktor-faktor perdagangan, ahli sufi,
perkahwinan dan lain-lainnya. Pengembang-pengembang Islam yang menyebarkan
agama Islam ke alam Melayu telah memahami permasalahan budaya yang dihadapi
oleh penganut-penganut Islam di daerah tersebut. Pemikir-pemikir budaya melayu
dengan Islam telah menyesuaikan pelbagai aspek dari kebudayaan Melayu denga
ciri-ciri keislaman, sehingga dengan itu lahirlah peradaban Melayu yang
memperlihatkan unsur-unsur Islam yang universal. Kesimpulannya, terdapat banyak
faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di alam Melayu. Antara
faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut :
1.
Keistimewaan Agama Islam
Orang
ramai tertarik untuk menganuti agama Islam kerana kemurnian ajaran Islam yang
mencukupi kesemua bidang kehidupan. Ini termasuk konsep Tuhan Yang Maha Esa
atau Tauhid, keadilan, hak individu dan masyarakat, kehidupan yang harmoni,
menyanjung akhlak mulia, dan menganjurkan konsep kebahagiaan di dunia dan
akhirat. Hal ini telah menyebabkann agama Islam tersebar meluas di Asia
Tenggara.
2.
Perdagangan
Ramai
ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara
melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama di zaman permulaan Islam
di Nusantara amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi
telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau
ke-9 lagi. Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di
kawasan perairan melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Di samping
menjalankan perdagangan, mereka melakukan aktiviti dakwah dan mengadakan
perbincangan-perbincangan tentang ajaran Islam di perkampungan-perkampungan
pedagang. Selain itu, disebabkan kejujuran dan sifat amanah para pedagang Islam
ini, ramai di kalangan mereka telah dianugerahkan jawatan syahbandar di
beberapa Bandar pelabuhan di Asia Tenggara. Dengan itu Islam juga tersebar
menerusi peranan syahbandar.
Di
antara nama-nama pedagang dan pendakwah Arab yang berjasa megislamkan
masyarakat Alam Melayu, menurut catatan sejarah ialah Syeikh Abdullah Ariff,
Syeikh Mulana Abdul Aziz(Jeddah), Syeikh Malik Ibrahim, Syeikh Ismail (Mekkah),
Syarif Ali Mifaqquh Muqaddam, Tuan Sayid Habib Husain al-Qadri dan Tuan Syarif
Awliya (Hadramaut).
Sebagai
contoh di Melaka misalnya ada antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah
tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah menaiki kapal-kapal
mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang
lain.Dengan cara ini Islam cepat tersebar di alam Melayu. Melaka telah menjadi
sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi
negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara
yang sama. Akhirnya kedua-dua negara itu mengikut langkah Melaka.
3.
Pengislaman raja-raja
Islam
seterusnya tersebar melalui peranan raja dan golongan bangsawan. Masyarakat
Asia Tenggara khususnya masyarakat Melayu, sangat mentaati golongan pemerintah.
Keadaan ini telah menyebabkan raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap rakyat. Apabila raja sesebuah negeri memeluk Islam, amalan ini akan diikuti oleh rakyatnya.
Sebagai
contoh, pengislaman Megat Iskandar telah diikuti oleh pembesar Melaka, keluarga
diraja, dan rakyat Melaka secara keseluruhannya. Di Pasai, pengislaman Raja
Malik Al-Salih juga telah menyebabkan para pembesar turut memeluk Islam.
Selepas pengislaman Raja Malik al-Salih juga telah menyebabkan para pembesar
turut memeluk Islam. Selepas pengislaman Raja Malik al-Salih, Pasai telah
menjadi sebuah kerajaan Islam yang kuat seterusnya menerusi usaha yang
dijalankan oleh pemerintah, Islam tersebar dengan cepat.
4.
Perkahwinan
Kedatangan
sesuatu bangsa ke Negara-negara lain dalam waktu yang lama, tidak dapat
menghindari kemungkinan berlakunya proses interaksi melalui perkahwinan. Begitu
juga apa yang berlaku di Alam Melayu di peringkat awal penyebaran Islam. Saudagar
yang datang ke alam Melayu merupakan golongan yang kaya raya. Sesetengahnya
mempunyai hubungan yang rapat dengan pembesar-pembesar tempatan. Dengan
kekayaan yang ada, mereka berjaya mempengaruhi wanita-wanita tempatan untuk
dijadikan isteri. Malahan ada saudagar yang dapat berkahwin dengan
puteri-puteri dari kalangan anak pembesar terutamanya di zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Perhubungan keluarga telah memudahkan para pedagang Islam
berdakwah secara terus dengan kaum kerabat mereka sendiri.
Perkahwinan
ini juga sekurang-kurangnya dapat menarik minat pembesar-pembesar tempatan
untuk menerima Islam. Biasanya apabila pembesar-pembesar menerima Islam maka
seterusnya akan diikuti golongan bawahan ataupun rakyat secara beramai-ramai.
Hasilnya bertambahlah bilangan penduduk yang menganut agama Islam. Syeikh Abu
Bakar misalnya, adalah seorang pendakwah yang terkenal berasal dari Mekah telah
berkahwin dengan puteri Sulu dan membantu kerajaan tersebut melaksanakan
pemerintahan mengikut sistem Islam.
Agama
Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan
puteri raja dari negara lain. proses ini biasanya dipanggil perkahwinan
sahsiah. Langkah ini turut membantu perkembangan Islam ke sesebuah negara.
Umpamanya perkahwinan puteri Pasai dengan Megat Iskandar Syah menyebabkan Islam
tersebar dari Pasai ke Melaka. Begitulah juga perkahwinan anak-anak raja Melaka
dengan putera puteri Pahang dan Kedah yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua
menjadi negeri Islam kemudiannya.
5.
Penaklukan
Penaklukan
juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor pendorong tersebarnya Islam di
Nusantara ini. Apa yang dimaksudkan ialah penaklukan yang dilakukan oleh
sesebuah negara Islam ke atas daerah lain. Jika daerah yang ditawan itu belum
Islam maka dengan penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam
kerana motif politik, kedudukan, ekonomi dan sebagainya. Jika daerah yang
ditawan itu telah Islam maka dangan penaklukan itu, Islam dapat dikembangkan
dengan lebih berkesan lagi.
Misalnya,
Kerajaan Acheh yang merupakan sebuah empayar Islam yang tersebar di abad 16 dan
17 di Asia Tenggara ini yang mempunyai jajahan takluk yang luas di Sumatera dan
Tanah Melayu tentunya dapat menyebarkan Islam dengan mudah juga di daerah tanah
tajahannya itu. Memangnya ada tercatit dalam sejarah Acheh bahawa kerajaan
Acheh telah mengirimkan para pendakwah Islam ke daerah tanah jajahannya itu di
Tanah Jawa. Kerajaan Islam Demak juga telah menakluki daerah-daerah yang
diperintah oleh kerajaan-kerajaan Hindu. Misalnya kerajaan Hindu Majapahit
telah ditewaskan dan dijadikan tanah jajahan takluknya. Dengan ini maka
Majapahit bertukar menjadi sebuah negara Islam.
Di
samping itu, Melaka di zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya
menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang,
Terengganu, Petani, Kampar, Inderangiri, Rokan, Siak, Johor, Bangkalis dan
lain-lainya. Oleh itu Islam tentunya dapat disebarkan dengan mudahnya di daerah
jajahan takluk tersebut. Walaupun ketika Melaka melalui zaman kejatuhan tidak
bererti berhentinya dakwah Islamiah di rantau ini kerana pada abad ke 18M-19M
Pattani telah meneruskan usaha-usaha tersebut. Usaha-usaha yang dilakukan oleh
raja-raja Melayu terbukti telah berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam di Alam
Melayu.
6.
Pendakwah
Kehadiran
pendakwah di tengah-tengah masyarakat Melayu telah menarik hati masyarakat
tempatan kerana kemuliaan dan keperibadian yang dimiliki oleh mereka. Dalam
pergaulan mereka dengan masyarakat, mereka telah telah menunjukkan sifat-sfat
terpuji seperti menjaga amanah, kesucian, kebenaran,keadilan, menepati janji
serta menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan terkutuk. Secara tidak langsung
masyarakat setempat tertarik untuk bergaul dan seterusnya mengenali ajaran
Islam. Akhirnya mereka memeluk dan mengamalkan agama tersebut dalam kehidupan.
Sebagai
Contoh, Peranan Ahli Tsawuf dan Sufi Kegiatan penyebaran Islam dikembangkan
oleh ahli-ahli tasawuf dan sufi. Ahli tasawuf da sufu merupakan ulama Islam
yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah menunjukkan teladan yang baik
tentang islam itu sendiri. Mereka berpakaian bersih, bersopan satun dan
bertatatertip sehingga tingkah laku dan tutur kata mereka mempersonakan orang
ramai.Di zaman Melaka, golongan ini juga diberi penghormatan yang tinggi oleh
pemerintah kerana bijak dalam tutur kata. Nasihatnya di dengar oleh sultan dan
par pembesar.
7.
Sokongan Pemerintah
Para
sultan turut menyumbang kearah kejayaan tersebarnya Islam di Alam Melayu.
Mereka telah memberi kepercayaan kepada ulamak-ulamak untuk berperanan sebagai
tenaga penggerak utama, membantu penyebaran dakwah Islam dan menjadi tenaga
pengajar di wilayah-wilayah yang telah dibuka mahupun wilayah-wilayah baru yang
belum menerima Islam. Sultan juga melantik ulamak menjadi penasihat dalam urusan
Negara dan berbincang bersama mereka hal-hal keagamaan.
Contohnya,
Sultan Alauddin Shah iaitu sultan Melaka ketujuh (1477M – 1488M) adalah salah
satu contoh nyata bagi membuktikan peranan dan sokongan pemerintah terhadap
penyebaran Islam. Selain terkenal dengan sifat kepahlawanannya, beliau juga
terkenal sebagai ulamak yang warak. Baginda telah menjemput sultan-sultan yang
berada di bawah kekuasaan wilayahnya ke majlis-majlis ilmu dan bertindak
sebagai pengajar. Pada masa yang sama undang-undang Islam telah dilaksanakan,
seperti hukum hudud dan sebagainya.
Oi
ReplyDeleteYasssd
ReplyDelete