Wednesday, 17 February 2016

PENGARUH BUDAYA ISLAM DI ALAM MELAYU

 Para sejarawan mempersetujui bahawa kebudayaan di Tanah Melayu dipengaruhi oleh adat dan budaya Hindu-Buddha yang terlebih dahulu bertapak sebelum kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu.

Antara adat dan budaya yang dipengaruhi oleh pengaruh Hindu-Buddha ialah upacara bersanding dan menepung tawar pasangan pengantin ketika majlis perkahwinan mereka. Adat membaling beras kepada pasangan mempelai adalah salah satu budaya masyarakat Hindu namun perbuatan ini bertentangan dengan ajaran Islam.
Berikut adalah adat dan budaya yang dibawa oleh ajaran Islam ke Tanah Melayu:

·         Wujudnya jawatan-jawatan dikalangan ahli masjid.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah meningkatkan kualiti dan kuantiti pembinaan surau dan masjid. Islam menggalakkan sistem pengurusan yang teratur agar memudahkan segala urusan berkaitan. Sehubungan dengan itu, tercetusnya beberapa jawatan di dalam organisasi masjid. Antaranya ialah imam dan bilal:

Di bawah adalah tugas-tugas imam dan bilal:

Tugas-tugas Imam:

a)      Menjadi pegawai syarie dalam kariah masjid itu dan mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain di masjid itu.
b)      Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di kariah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan.
c)      Membaca khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya.
d)     Memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak kariah masjid itu sedaya upayanya.
e)      Mengetuai, mengawasi dan mengatur pengajaran agama Islam di kalangan anak-anak kariah masjid itu.
f)       Membimbing bilal, siak dan anak kariah masjid itu dalam menjalankan tugas-tugas Imam.



Tugas-tugas Bilal:

a)      Menjaga waktu solat fardhu;
b)      Azan serta Qamat bagi tiap-tiap solat fardhu sehari semalam dalam lingkungan masa dari jam 5.00 pagi hingga 9.00 malam.
c)      Membaca Tarhim dan Ayat Al-Quran sebelum Azan bagi solat Subuh dan Taslim dan Ayat Quran sebelum Azan bagi solat Jumaat.
d)     Membaca Salawat dan Doa Ringkas ketika Imam atau Khatib duduk antara dua khutbah dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya.
e)      Mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya dan Kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan.
f)       Menggantikan Imam sebagai Imam Rawatib dan sebagai Imam Tarawikh dalam bulan Ramadhan semasa ketiadaan Imam.
g)      Berselawat solat Tarawikh.
h)      Bertadarus membaca Al-Quran di masjid.

·         Majlis Akikah.

Apabila seseorang bayi dilahirkan, bayi tersebut akan diraikan selepas 60 hari kelahirannya. Majlis ini diadakan adalah untuk mengekspresikan rasa syukur kepada Allah SWT dengan kelahiran bayi tersebut. Seterusnya, majlis ini mampu mengeratkan silaturrahim sesama makhluk disamping memberitahu tentang kelahiran bayi itu.

Bagi majlis ini, pihak keluarga bayi perlu menyembelih dua ekor kambing bagi bayi lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan.

·         Alat Muzik

Islam tidak menggalakkan alat muzik bertali. Antara alat muzik yang disyorkan oleh Islam ialah kompang. Kompang diperbuat dari kulit kambing namun kini diganti dengan kulit lembu mahupun getah sintetik.


·         Cara Berpakaian & Pergaulan

Islam sering dikaitkan dengan cara berpakaian yang sopan. Islam menyeru untuk menutup aurat dan memelihara kehormatan diri, sama ada lelaki mahupun wanita.

Bagi kaum lelaki, aurat mereka adalah diantara pusat hingga ke lutut manakala bagi wanita, aurat mereka adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.


Mereka harus memakai pakaian yang menutupi aurat masing-masing. Kaum wanita,terutamanya mereka haruslah memakai pakaian longgar, tidak jarang dan tidak menarik perhatian ajnabi. Kaum lelaki haruslah memakai pakaian yang sesuai dan tidak mempunyai lambing atau simbol yang mendatangkan salah faham dan fitnah.

No comments:

Post a Comment