Agama
Islam yang lahir di semenanjung Tanah Arab telah tersebar ke merata dunia
merangkumi sebahagian Eropah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia tenggara.
Kedudukan Asia Tenggara di tengah- tengah laluan perjalanan antara Timur dan
Barat membawa kesan besar kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan kawasan ini menjadi
pusat persinggahan dan tumpuan para pedagang.sejak abad pertama masihi lagi
muncul kerajaan yang memberikan perhatian kepada aktiviti perdagangan. Kehadiran agama islam memperlihatkan pembabitan
kerajaan-kerajaan islam seperti di bawah dalam urusan perdagangan utara-selatan
seperti Melaka, kedah, Kelantan, Terengganu dan negeri yang lain. Sejarah ekonomi orang melayu di abad ke-4 hingga
ke-15 seringkali dikaitkan dengan perdagangan, pentadbiran Negara dan
perkembangan agama islam. aktiviti perdagangan yang diceburi oleh orang melayu
telah meransangkan perkembangan yang berkaitan dengan penggunaan mata wang.,
percukaian dan seumpamanya.
Kesannya bukan sahaja terdapat dalam sosiobudaya,
malah terdapat dalam pelbagai aspek kegiatan ekonomi kerana pengaruh islam yang
mendalam di negeri Melaka serta di negeri melayu yang lain ialah pengaruhi
perkembangan ekonominya seperti amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di
kalangan orang islam selain itu, dengan ekonomi cara islam golongan ceti yang
memberikan pinjaman wang telah dibenarkan menjalankan aktiviti mereka akan
tetapi penegasan bersabit amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun Melaka. Hal ini turut sama ditekankan dan diimplementasikan
dalam hukum kanun Pahang.
Sejajar dengan perdagangan, amka pihak pemerintah
telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta.
Kutipan zakat ini kemudiannya disimpan oleh baitulmal. Baitulmal ini berfungsi untuk menguruskan harta kerajaan.
Harta lain akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran Negara serta sebagai
sumber bantuan yang sewajarnya kepada ahli masyarakat yang memerlukan bantuan. Pengaruh islam telah membawa perubahan yang besar
dalam aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat melayu sebelum kedatangan
Barat. Kehadiran Islam berjaya mengatasi pengaruh ekonomi dalam masyarakat
tempatan.
No comments:
Post a Comment