Bertukarnya sistem dan konsep raja dalam agama Hindu
kepada sistem dan konsep sultan di dalam Islam. Di dalam politik yang
berteraskan agama Hindu, raja dianggap bayangan tuhan ataupun dewata, tetapi di
dalam Islam raja adalah manusia biasa tetapi diberi kemuliaan kerana peranannya
sebagai ketua agama dan pentadbir sebagaimana yang dijalankan di dalam sistem
kekhalifahan pada masa dahulu. Walaupun sultan tidak dianggap suci sebagaimana
raja-raja Hindu, namun sultan dianggap mempunyai daulat dan status yang Iebih
tinggi danipada orang kebanyakan.
Pengaruh Islam dalam undang-undang Melayu lama
bermula daripada institusi pemerintahan beraja yang terdapat di Asia Tenggara. Sebelum ini,
institusi pemerintahan dan pentadbiran serta perihal undang-undang di Asia
Tenggara berlandaskan peraturan daripada prinsip dan budaya Hindu. Dengan
kedatangan Islam, beberapa pengubahsuaian berlaku dalam sistem ini.
Pengubahsuaian yang besar ialah sistem pemerintahan berasaskan Islam secara
tidak langsung turut mengubahkan sistem undang-undang berlandaskan hukum Islam.
Sistem pentadbiran Islam ini meletakkan sultan
sebagai ketua negara. Manakala,mufti dilantik sebagai penasihat sultan dalam
hal ehwal agama Islam dan pentadbiran negara. Selain mufti, wujud pegawai dan
petugas seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal, dan
penjaga harta wakaf. Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan lagi kedudukan
kerajaan Islam dan undang-undang Islam di Alam Melayu dan menjamin kewibawaan
raja. Penyelarasan gelaran ini meletakkan kedudukan mereka setaraf dengan
pemerintahan kerajaan Islam lain di seluruh dunia dan memupuk semangat
persaudaraan di kalangan umat Islam.
Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka yang lain
diberi gelaran Khalifatul Mukminin yang bererti pemimpin orang mukmin.
Perkataan Khalifatul Mukmin juga tercatat pada mata wang syiling dalam kerajaan
Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Selain itu,
gelaran Zillulah fil’ Alam yang bermaksud bayangan Allah di dalam alam ini juga
digunakan oleh raja-raja Melaka.
Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di
Asia Tenggara, seperti kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan
Brunei. Dalam sesebuah kerajaan Islam, sultan merupakan khalifah Allah atau
wakil Allah di bumi dan mereka haruslah menunaikan amanah yang dikurniakan oleh
Allah, iaitu memerintah dengan adil. Beberapa orang sultan yang alim berpegang
teguh kepada ajaran Islam seperti Sultan Malik al-Zahir dari Samudera-Pasai,
Sultan Ali Mughayat Syah, dan Sultan Iskandar Thani dari Acheh. Sultan-sultan
ini telah menerapkan unsur-unsur Islam dalam pemerintahan mereka bagi
menggantikan sistem pemerintahan beraja Hindu yang berasaskan konsep dewa-raja
No comments:
Post a Comment