Para sejarawan mempersetujui bahawa kebudayaan
di Tanah Melayu dipengaruhi oleh adat dan budaya Hindu-Buddha yang terlebih
dahulu bertapak sebelum kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu.
Antara adat dan budaya
yang dipengaruhi oleh pengaruh Hindu-Buddha ialah upacara bersanding dan
menepung tawar pasangan pengantin ketika majlis perkahwinan mereka. Adat
membaling beras kepada pasangan mempelai adalah salah satu budaya masyarakat
Hindu namun perbuatan ini bertentangan dengan ajaran Islam.
Berikut adalah adat dan
budaya yang dibawa oleh ajaran Islam ke Tanah Melayu:
·
Wujudnya
jawatan-jawatan dikalangan ahli masjid.
Kedatangan
Islam ke Tanah Melayu telah meningkatkan kualiti dan kuantiti pembinaan surau
dan masjid. Islam menggalakkan sistem pengurusan yang teratur agar memudahkan
segala urusan berkaitan. Sehubungan dengan itu, tercetusnya beberapa jawatan di
dalam organisasi masjid. Antaranya ialah imam dan bilal:
Di
bawah adalah tugas-tugas imam dan bilal:
Tugas-tugas
Imam:
a) Menjadi
pegawai syarie dalam kariah masjid itu dan mengimamkan solat fardhu dan apa-apa
solat berjemaah lain di masjid itu.
b) Mengetuai
urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di kariah masjid itu
sehingga sempurna dikebumikan.
c) Membaca
khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya.
d) Memberikan
nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak
kariah masjid itu sedaya upayanya.
e) Mengetuai,
mengawasi dan mengatur pengajaran agama Islam di kalangan anak-anak kariah masjid
itu.
f) Membimbing
bilal, siak dan anak kariah masjid itu dalam menjalankan tugas-tugas Imam.
Tugas-tugas
Bilal:
a) Menjaga
waktu solat fardhu;
b) Azan
serta Qamat bagi tiap-tiap solat fardhu sehari semalam dalam lingkungan masa
dari jam 5.00 pagi hingga 9.00 malam.
c) Membaca
Tarhim dan Ayat Al-Quran sebelum Azan bagi solat Subuh dan Taslim dan Ayat
Quran sebelum Azan bagi solat Jumaat.
d) Membaca
Salawat dan Doa Ringkas ketika Imam atau Khatib duduk antara dua khutbah dalam
solat Jumaat dan solat Hari Raya.
e) Mengingatkan
jemaah tentang niat solat Hari Raya dan Kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan.
f) Menggantikan
Imam sebagai Imam Rawatib dan sebagai Imam Tarawikh dalam bulan Ramadhan semasa
ketiadaan Imam.
g) Berselawat
solat Tarawikh.
h) Bertadarus
membaca Al-Quran di masjid.
·
Majlis
Akikah.
Apabila
seseorang bayi dilahirkan, bayi tersebut akan diraikan selepas 60 hari
kelahirannya. Majlis ini diadakan adalah untuk mengekspresikan rasa syukur
kepada Allah SWT dengan kelahiran bayi tersebut. Seterusnya, majlis ini mampu
mengeratkan silaturrahim sesama makhluk disamping memberitahu tentang kelahiran
bayi itu.
Bagi
majlis ini, pihak keluarga bayi perlu menyembelih dua ekor kambing bagi bayi
lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan.
·
Alat
Muzik
Islam
tidak menggalakkan alat muzik bertali. Antara alat muzik yang disyorkan oleh
Islam ialah kompang. Kompang diperbuat dari kulit kambing namun kini diganti
dengan kulit lembu mahupun getah sintetik.
·
Cara
Berpakaian & Pergaulan
Islam
sering dikaitkan dengan cara berpakaian yang sopan. Islam menyeru untuk menutup
aurat dan memelihara kehormatan diri, sama ada lelaki mahupun wanita.
Bagi
kaum lelaki, aurat mereka adalah diantara pusat hingga ke lutut manakala bagi
wanita, aurat mereka adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Mereka
harus memakai pakaian yang menutupi aurat masing-masing. Kaum
wanita,terutamanya mereka haruslah memakai pakaian longgar, tidak jarang dan
tidak menarik perhatian ajnabi. Kaum lelaki haruslah memakai pakaian yang
sesuai dan tidak mempunyai lambing atau simbol yang mendatangkan salah faham
dan fitnah.